Rabu, Disember 19, 2012

Syukur AlhamduliALLAH... Terima Kasih

Assalammualaikum....

Syukur AlhamduliALLAH dapat lagi aku melayari blog ini, kerana kesibukkan tugas harian membataskan aku menjengah laman ini. Kini kita sudah menghampiri penghujung tahun, akan kita tinggalkan 2012 dan melangkah masuk 2013. Tentu ada pengalaman manis dan pahit yang dapat dijadikan kenangan atau pengajaran. Aku tidak terkecuali melaluinya, segalanya ku simpan sebagai ujian dariNYA. Selagi aku menjadi hambaNYA di muka bumi ini. Anak-anak semakin membesar dan mengerti akan erti hidup. Terima kasih anak-anak mama, memahami akan keadaan kita sekarang. Along mama, amat menyayangi along namun mama tak mampu tunjukkannya. Along segalanya buat mama, semoga along menjadi anak yang baik selamanya. Adik... mama manjakan adik, mama sayang adik sebab adik tak sempat mendapat kasih sayang abah, adik anak yang pintar, bijak dan memahami masalah yang ada.

Tahun 2012 aku mengubah cara hidup ku, aku ingin lebih bersama anak-anak. Agak jemu juga, apa pun aku perlu bekerja juga mencari pendapatan yang lebih baik. Zaman sekarang zaman duit.... tak kisah la kerja apa pun janji halal jangan memilih. Saya beruntung mempunyai keluarga yang amat memahami akan diri ini, mama, kakak, adik-adik dan saudara mara yang lain. Terima kasih semua....

01hb Disember 2012 aku telah dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, berpunca daripada penat. Sebaliknya keadaan aku menjadi kritikal apabila paru-paru telah dijangkiti kuman dan berair, kuman yang ada telah menyerang jantung, akibatnya jantung membesar secara tiba-tiba. Malam itu juga aku telah di masukkan ke wad C.C.U dalam tidak sedarkan diri selama 2 hari. Hari ketiga aku masih lemah, dalam keadaan sedar dan tidak. Hanya mama dan anak-anak yang aku nampak, aku bagaikan di sakaratulmaut..... Semua saudara mara datang, aku bersyukur mempunyai mereka yang sayangkan aku mengambil berat akan diriku. Aku bagaikan mati hidup semula, Ya ALLAH... ampunkan segala dosaku... Ku terima ujianMU

Tahun ini yang mencabar buat diriku... Ujian yang tak dapat ku lupakan, Terima kasih dan Syukur padaNYA aku kembali sihat seperti biasa, segala yang berlaku ada hikmahnya, kalau tak kerana penat tentu aku dah tiada. Paru-paruku telah dijangkitan kuman sebanyak 76% kata doktor yang merawat. Ini semua kerana sikap tak ambil peduli tentang kesihatan. Kepada semua keluarga yang tercinta dan doktor serta jururawat yang merawat dan menjaga ku Terima kasih, jasa baik kalian tak dapat saya balas. Buat kedua orang putera ku, Akid dan Arif mama janji.. mama akan jaga kesihatan demi anak-anak mama....

Syukur AlhamduliALLAH....

Murni (20.12.2012  3.40pm)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan