Isnin, Disember 28, 2009

Adik-adik Poli Sultan Azlan Shah...

Tarikh 27.07.09 adalah hari pertama 2 orang insan menjejakkan kaki di laman OSI Tanjung Malim, yang di maksudkan ialah Zulhairi dan Kamarul. Setelah mendaftar di bahagian HR mereka telah diserahkan ke bahagian masing-masing. Zul di QC & Eng manakala Kamarul di bahagian Maint. Kali pertama aku lihat adik-adik ni... aku rasa mereka ni, boleh ikut rentak kat OSI ni.

Al-kisah adik-adik POLI...

Zul.. paling rapat dengan aku, sebab kami satu section. Zul seorang yang pendiam, tenang, berani, berfikiran terbuka, mudah mesra, berperwatakkan menarik (kacak/macho/bergaya) dan gaya hidupnya bersismatik, tersusun dan bertanggungjawab.

Kamarul.. walaupun bukan satu section tapi aku lebih senang dengan dia. Kamarul tersangat mesra orangnya (mudah didampingi), berfikiran terbuka, seorang yang kelakar tapi gelabah, berperwatakkan yang bersahaja (simple), baik hati dan penyayang.

Sepanjang 5 bulan mereka dengan aku, macam-macam pengalaman yang aku dan mereka lalui, adik-adik ni panggil kat aku, kak Muni. Ok..! lah, pengalaman yang manis-manis sahaja yang pahit.. rasanya tak ada. Kalau disuruh, apa pun mereka buat. Kiranya meringankan beban kita orang kat office. Latihan amali yang melibatkan bidang mekanikal engineering ada juga, tugasan yang diberikan dapat mereka siapkan. Bagus adik-adik ni.

Kat OSI kami tak meanaktirikan mereka berdua ni. Macam pekerja-pekerja tetap yang lain, apa yang kami dapat mereka pun dapat. Kita bagi special nak mereka rasa seronok, semasa dalam latihan. Barulah dikatakan mencari pengalaman sebenar dalam pekerjaan.

Tak sedar masa berlalu, dah sampai masanya mereka terpaksa meninggalkan ruang OSI. Pada 24 Dis 2009 adalah hari terakhir mereka bersama aku dan rakan-rakan yang lain. Selepas ni, mereka akan kembali ke Poli dan setelah tamat mereka akan menjejakkan kaki masing-masing ke dunia pekerjaan yang sebenar. Kepada Zul dan Kamarul, kak Muni ucapkan selamat berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi, gunalah setiap pengalaman yang baik di OSI untuk menempuhi hari-hari yang mendatang. Kak Muni mohon maaf jika ada sikap dan tutur kata kak Muni yang mengguris perasaan kau orang. Kak Muni akan sentiasa mengingati Zul dan Kamarul. Kita dah macam adik-beradik, kirim-kirimlah khabar berita untuk mengubat rindu kak Muni pada kau orang.

Akhir sekali, Zul dan Kamarul memang best !! kekalkan prestasi ini. Bila dah berjaya nanti, janganlah lupa untuk membantu ibu dan bapa. Carilah kerja yang sesuai dan bila menjalankan sesuatu tugas keselamatan perlu diutamakan. Semoga berjaya... Kak Muni sentiasa ingat kamu berdua.

Ikhlas dari hati ini
Murni Ismail