Selasa, November 23, 2010

Dari Hati Ini (2)

Assalammualaikum...

Terlebih dahulu saya memohon kepada semua yang terbaca blog ini agar benar-benar memahami maksud dan cerita "Dari Hati Ini" bukan hanya untuk suka-suka menceritakan masalah sendiri agar dapat meraih simpati tetapi ini adalah realiti hidup. Mungkin ada di antara pembaca blog menghadapi situasi yang sama, saya lalui atau ada pengalaman yang hampir sama.
Saya hanyalah insan biasa, yang akan sentiasa melakukan kesalahan/kesilapan. Saya juga akan sentiasa diperhatikan dan akan sentiasa dikritik, mungkin dengan tujuan menyedarkan saya daripada melakukan kesilapan, mungkin dengan tujuan menasihatkan atau mencadangkan dan mungkin mengungkit kisah silam.

Satu tamparan hebat apabila kita di "brainwash" ini bagus... kita dapat mengetahui akan peratusan tahap kesalahan yang dilakukan. Namun, kesannya daripada memanjangkan cerita lebih baik berdiam dan membiarkan ianya berlalu. Betullah kata orang, apabila kita menunjukkan sesuatu kepada orang lain dengan menggenggam jari-jemari dan ibu jari adalah petunjuknya empat jari yang digenggam itu menghala ke arah kita. Oleh itu... empat kesalahan yang penyebabnya aku dan satu kesalahan yang penyebabnya orang lain. Tetapi adakah orang lain pun beranggapan seperti aku...? Oh..!!! Tidak... tidak sama sekali...

Aku wanita yang berpandu arah akal dan naluri ku sendiri. Siapa lagi nak ku serahkan tentunya kepada Mu Tuhan ku yang Kaya. Segala duka satu keindahan... segala CINTA satu kedamaian...
Siapa lagi yang ku miliki setelah memutih warna pelangi... Tiada kejora di langit tinggi.. yang aku tahu saat dan ketika...

Inilah keputusan ku...

Murni Ismail 24 Nov 2010 13.15

Sabtu, November 13, 2010

Dari Hati Ini (1)

Assalammualaikum...

Buat sesiapa yang terbaca blog ini, saya berharap anda berada di dalam keadaan sihat dan bahagaia di samping keluarga masaing-masing. Sudah lama saya tidak mencoretkan sesuatu di dalam blog ini... saya akui saya jarang sekali menjengah masuk ke blog sendiri. Ketandusan idea... adalah peyebab utama. Kini, insyaAllah saya kembali untuk memberi sesuatu kepada sesiapa yang menjengah ke blog ini.

Mengharungi hidup sebagai seorang balu dan ibu tunggal ada amat menyukarkan. Apatah lagi mempunyai anak-anak yang masih kecil, masih memerlukan kasih sayang seorang ayah. Ya.. saya mampu menjadi mama dan ayah kepada mereka. Tetapi pada fikiran mereka saya bukan ayah saya adalah mama. Memang memerikkan.... airmata ini sering menemani ku. Dugaan yang aku lalui mungkin tidak ternampak oleh mata kasar, di hati ini hancur.... tatkala kenakalan anak-anak semakin tidak terkawal. Memberontak dalam diam, sering melakukan perkara-perkara yang menyakitkan hati orang, menambahkan kemarahan orang. Inilah dugaan menjaga dan mendidik anak-anak ku (anak yatim) apa yang selalu aku risaukan ialah jika mereka terus begini bagaimana..? dan jika aku tiada lagi, bagaimana dengan mereka..?

Pernah aku bertanya, apa salah ku dan apa yang mereka mahu aku lakukan asalkan mereka dapat berubah. Aku sedih aku geram aku benci aku sakit hati..... apabila anak-anak ku sering ditegur berulang kali walaupun kesalahan dan kelakuan mereka itu tidak terlampau. Jika nak di bandingkan dengan anak-anak lain yang masih mempunyai ayah di muka bumi ini. Anak-anak ku sendiri juga masih tidak mahu berubah walaupun sudah dinasihatkan berulang kali tetap melakukannya. Ya ALLAH .... apa salah aku, ampunkanlah aku Ya ALLAH... aku bermohon pada Mu agar kau permudahkan segalanya urusan hidupkan di muka bumi ini. Bahagiakan lah aku dan anak-anak, lindungilah kami... AMIN.

Sesungguhnya banyak perkara dalam hidupku sering terjadi perubahan yang besar. Harapan aku agar anak-anak, dapat menerima perubahan ini. Janganlah asyik salahkan mama, kini hanya kita bertiga... mama sayangkan anak-anak mama. Jika kamu sering ditegur dan dinasihati anggaplah bahawa diri kamu (anak-anakku) masih disayangi. Jangan ulangi perbuatan yang orang lain tidak suka.

Kalau ada wanita yang mengatakan bahawa menjadi ibu tunggal lebih baik daripada ibu yang bersuami, tetapi bagi aku tidak. Mungkin kerana situasi perpisahan yang berbeza. Bercerai hidup dan bercerai mati. Hakikat hidup... lelaki dan wanita sering memerlukan, pandai-pandailah kita membawa watak masing-masing menjalankan tanggungjawab membahagiakan hidup menggunkan akal dan berlandaskan pegangan agama.

Kisah hidupku akan terus berjalan dalam suka dan duka, aku pasrah dalam keadaan apa yang mendatang. Namun aku tidak pasti sama ada aku kuat atau tidak mengharunginya. Hati seorang wanita tetap lembut dan sensitif. Teman setia ku, tetap airmata. Terukir senyum ku menyimpan pelbagai rahsia. Aku wanita yang berpandu arah akal dan naluri ku sendiri. Aku wanita yang diciptakanNya berbekalkan Impian Murni. Dapatkah aku mencapai impian itu.

Murni Ismail (12.25pm 14 Nov 2010)