Jumaat, Jun 14, 2013

Dari Hati Ini

28hb Mei 2013 -- 17:55

Hendak ditelan ku rasa pahit namun terpaksa ku telan juga... jika ia adalah penawar. Inilah yang kurasakan selama ini, adakalanya berpunca dari sikap aku salah aku dan aku mengaku. Siapa yang tidak pernah melakukan kesalahan, silap langkah... aku hanya insan biasa. Untuk menjadi yang terbaik mungkin tidak........ Apapun aku boleh berubah, jika tiada kesilapan maka seorang insan itu tidak tahu apa yang dilakukan selama ini benar atau salah. Lagipun aku HambaNYA... tak akan lari daripada menerima ujian dari Yang Maha Esa, ALLAH S.W. T   kerana setiap unjianNYA terhadap hambaNYA  ALLAH S.W. T tahu yang yang hambanya mampu. Maka hidup aku dan insan yang lain akan terus diuji olehNYA.

Aku tidak tahu... kenapa mereka tidak memahami aku... atau hanya aku yang terasa hati. Hidup aku sunyi... sepi... hati aku sakit... perasaan aku selalu kecewa.... segala langkah ku tak sempurna. Dalam hati kecil aku bertanya apakah wanita yang berstatus balu/janda tak bagus tak tahu buat itu buat ini pendek kata segalanya tak sehebat wanita yang bergelar isteri... Aku mengaku sikap merasa rendah diri, tak berguna, tak diperlukan  makin sebati dengan diriku. Ini kisah hidup ku, bukan nak mengaibkan sesiapa yang terbaca atau membaca. Hanya inigin aku luahkan mungkin ada insan di luar sana senasib dengan aku. Kami hanya mampu berdiam diri, untuk membela diri ? bukan tak mahu tapi akan mengerohkan lagi keadaan. BIARLAHHHH......

Selama ini aku fikir tinggal bersama insan tersayang aman, boleh bertolak ansur, ada rasa kasihan dan tak mengira wang ringgit. Ternyata sangkaan aku silap. Tapi tak semua keluaraga macam tu.. Hidup aku kena kawal.. tak boleh buat apa yang aku suka... Aku boleh hidup terkawal.. tapi jgn lah sampai nak bersama rakan-rakan sekerja  pun dok mengata kot belakang. Apa yang aku nak buat, ada halangan dan kritikkan, kena ikut arahan lepa. Hai... terima sajalah, dok melawan satgi susah pulak. Hidup bagaikan dalam sangkar emas, hati lemah pandangan terlepas.

Murni Ismail  15.06.13    12:39pm