Jumaat, April 15, 2011

Dari Hati Ini (5)

Assalammualaikum... Tiba-tiba sahaja aku ingin mencoretkan sesuatu, dari hati ini... Aku tidak setabah wanita lain, aku lemah dalam menempuhi hidup ini. Hanya kegagalan yang aku cekapi hanya kekecewaan dan kesedihan dalam hidup aku. Aku menipu diri sendiri, aku bukan diri ku yg sebenar. Saat-saat manis dan gembira yang pernah ku lalui tak akan berulang lagi. Di telinga ini sering terdengar kata-kata, yang menyakitkan hati... mereka yang tidak memahami akan hati ini. Jika ku tahu nasib aku akan jadi begini, sudah tentu aku mengelak daripada berlaku. Aku juga tidak mahu orang yang aku cintai pergi meninggalkan aku buat selamanya. Bukan aku yang berkehendakan begini, bukan aku yang mengakibatkan dia pergi. Kenangan bersamanya pengubat segala rindu.. telatah dan gurau sendanya mampu membuatkan aku tersenyum sendiri. Kasih sayangnya tidak boleh ditukar ganti. Ini cinta pertama ku dan selamanya. Memori silam yang penuh dengan suka dan duka di saat aku bergelar seorang isteri. Aku damai bersama mimpi semalam.