Isnin, April 04, 2011

Dari Hati Ini (4)

Assalammulaikum... Salam kasih serta rindu, dari hati ini bermula dengan lembaran baru... walaupun aku akui ada ketikanya aku kaku dengan idea-idea realiti hidup sebenar namun coretan ini bukanlah untuk menghentam sesiapa, membuka bekung di dada atau mahu menunjuk-nunjuk. Diharapkan kepada sesiapa yang membaca, jangan membuat andaian yang bukan-bukan... aku menulis apa yang terdetik di hati dan ku rasakan sekadar untuk dibaca dan tidak lebih dari itu. Sebelum catatan ini pergi lebih jauh.. kini sudah hampir setahun suami ku tercinta pergi buat selamanya... Setahun... perjalanan hidup ku penuh suka dan duka... anak-anak yang masih kecil kehilangan kasih sayang seorang ayah, kami tempuhi dengan pasrah kerna ini adalah takdirnya. Masa depan yang tidak boleh kita ketahui apakah nasib kita, dan aku mengerti akan hakikat hidup bergelar seorang ibu tunggal dan balu di usia muda. Dugaan yang aku terima amat memeritkan. Pernah aku tersungkur, lukanya tidak terlihat tapi rasa sakit yang amat sangat. Menjadi mangsa keadaan, mudah dipermainkan dan sering ada niat jahat dari mereka (insan mengambil kesempatan). Hanya padaNya aku berserah nasib, dan aku tak jemu mendampingiNya, aku mohon padaNya kembalikanlah... sinar kegembiraan yang pernah aku dan anak-anak ku rasai. Aku rindu akan semua hidup ku dulu... Perjalanan hidup ini ku teruskan dengan penuh ceriteranya, aku bagaikan melakonkan pelbagai watak yang aku sendiri pun tidak pernah terduga jadi begini. Sepi menghantui hidup ini, kebahagiaan yang hanya sedetik membuatkan aku tertekan. Ku pendamkan di hati biarlah menjadi rahsia. Aku tidak mengharapkan kemewahan hidup yang aku mahukan ialah kasih sayang. Aku ingin menikmatinya, namun kini masih belum pasti. Romantisnya cinta dan kasih sayang hanya khayalan buat aku. Dalam hati ini "adakah aku akan terus begini hingga akhir hayat..?" Murni Ismail... (05.04.11.... 12.00pm)