Rabu, Disember 02, 2009

Al-kisahnya.. Akid nak berkhatan

22hb Nov 2009 selepas waktu zuhur, aku dan keluarga yang lain, bersiap sedia untuk majlis doa selamat untuk Akid anak sulung ku, sempana esok "berkhatan" sampai masanya majlis pun bermula. Kenduri ala kadar saja, jemputan pun kekawan office terdekat dan jiran selorong je.. yang penting niat kenduri ni, semoga apa yang dihajatkan dan dirancang berjalan dengan sempurna dan Akid selamat berkhatan esok. AlhamduliALLAH kenduri doa selamat dan bacaan yasin berjalan dengan sempurna. Juadah untuk jamuan makan kenduri ni, aku tempah kat kawan se office Yazid & Su Katering . Kepada semua tetamu yang sudi datang ke majlis kenduri ala kadar saya dan keluarga ni, saya ucapkan terima kasih. Kepada Ida dan Zaki, thank you atas sumbangan buah tembikai dan kuih apom.


23hb Nov 2009 jam 8.00am saya dan suami macam biasa, ready nak ke Pusat Perubatan BAKTI untuk khatankan Akid. Tapi.. Akid dah mula buat hal, bangun pagi je.. dah nangis, tak nak berkhatan.. tapi setelah dipujuk rayu, Akid ikut juga.. melihat pada wajah Akid yang masam je.. aku dan mula rasa risau dalam hati takut-takut dia tak mau. Dalam hati, aku dok berdoa janganlah tak jadi. Sesampai je, kat Bakti.. Akid sepatah pun tak bercakap. Diam.. je...


Kami kena menunggu giliran, sampai masanya nama Akid dipanggil. Kat sini ibubapa tidak dibenarkan masuk. So.. Akid kena beranilah... masuk ke bilik untuk berkhatan. Akid macam biasa tak bercakap dan masuk ke bilik tu...@#@%%$&#@% Sekali lagi aku berdoa, selamatkanlah anak ku untuk berkhatan dengan selamat YA ALLAH Amin... Ibu mana yang hati tidak risau.. apa-apa pun aku berserah kepadaNya.
Tidak berapa lama lepas itu, tiba-tiba Akid keluar dengan seorang lagi budak lelaki badan pun lebih kurang sama macam Akid, sambil menangis.. "Mama.. Akid tak mau sunat. Sakit.." kata Akid. Aku dah mula nak jadi satu macam ni.. apa taknya, anak orang lain lagi kecik dan kurus daripadanya boleh tahan sakit inikan pula dia yang besaq ragam. Lagi satu.. kawan dia yang tak plan nak sunat pun dah selamat, Fakri. Ni tak boleh jadi ni.. kena hukum paksa ni. Suami aku pula dok pujuk dia.. cara baik. Malu kat orang dok tengok. "Akid nak sunat tapi satgi abah kena teman" oklah.. atas permintaan Akid suami aku setuju, janji sunat. Setelah membuat perbincangan, sampailah masanya.. Akid terus berkeras tak mau sunat. Sampai suami aku pun kena sound dengan doktor kat situ. Celupar juga mulut doktor ni, macam haram jadah !!! patutlah ramai kekawan bercakap, memang betul tak pernah aku lihat sikap seorang yang terpelajar, doktor bersikap macam ni. Akhirnya.. tak jadi juga kami pun balik ke rumah dengan hampanya.
Aku dengan rasa marah dan malu, sampai saja rumah terus memukul Akid dengan rotan. Suami aku pun marah juga, apa taknya dalam kamus hidup dia, inilah kali pertama dia dimarahi oleh seorang doktor, celaka betul doktor tu. Ibubapa mana yang tak malu dan kecewa, dengan sikap anak yang macam ni. Mujurlah mak aku ada di rumah masa tu, tapi kalau nak ikut angin marah mak aku lagi dahsyat dari aku kalau dia meletuplah. Kami cuba pulaukan Akid, sebab tak mau sunat. Cikgu-cikgu dia pun datang pengasuh pun datang nak melawat orang selepas berkhatan tapi tak khatan lagi.. apa dah jadi.. semua yang datang dok nasihat dia tapi dia buat dek....aje. Buat pekak badak !! muka buat muka tembok.
Entah macam mana Akid ubah fikiran setuju nak sunat, kali ni dia nak pi klinik Dr Shahrul kat Slim River, Ok ! kita orang ikut cakap dia. Petangnya jam 2.30pm aku dan emak aku bawa dia pi klinik Dr Shahrul, suami aku dah tak larat nak turut cakap dia. Takpalah.. janji jadi sunat. Malangnya.. perkara yang sama berlaku.. sekali lagi tak jadi. Hai..lah Akid awatlah hang buat macam ni kat mama dan abah. Malu tau... Macam biasa, kita orang semua buat tak tau je.. kat dia bila dah sampai rumah.. yang bestnya malam tu Akid tak makan malam.. terus tidur macam tu je...
Emak aku dah mula tak tahan dengan perangai Akid, aku pula mula dah nak slow tak mau memaksa dia tapi mak aku kata tak boleh !!! Kena potong juga. Nak tunggu dia bersedia ?? Bila dia nak bersedia ??? Akhirnya... keputusan telah dibuat klinik terakhir menjadi pilihan Akid klinik Syifa. Dia nak ikut macam Fakri pakai clamp.. OK !
24hb Disember 2009 jam 3.20pm Akid selamat berkhatan. Pengalaman yang tak dapat dilupakan selamanya hayat aku dan suami Akid berkhatan 6 orang kena pegang. Akid lah... teruk betul... skrip yang tak dapat aku dan suami lupakan sampai mati "doktor..!! saya rasa macam nak mati.." dan " ha..!!! tukaq gunting pula.. Tolong..!!!"
Walau apa pun yang dah berlaku dah jadi sejarah dalam hidup Akid.. cerita berkhatan ni belum habis lagi tau.. ha.. kita tunggu 3 tahun dari sekarang, kita tengok gelagat Arif pula nak berkhatan.
Jumpa lagi...