Ahad, Mac 13, 2011

Dari Hati Ini (3)

Asssalammualaikum...

Setelah sekian lama tidak membuka pintu blog Cinta Sayang... ku biarkan ianya sepi, tiada coretannya. Agak sukar dinyatakan namun hakikat hidup, aku insan biasa punyai perasaan dan keinginan seperti insan lain. Faktor ini mempengaruhi pemikiran ku... maka aku senyap tiada apa yang menarik untuk di kongsikan. Biarlah Rahsia.... erti hidup yang penuh suka duka dan menimbulkan kecurigaan serta salah tafsiran mereka yang tidak mengerti akan hati ini. Aku berserah pada takdir.. aku terima segala ujian yang diberi kerana aku yakin DIA bersama ku.

Ada sesuatu yang mengguris perasaan.. siapalah aku untuk menahan anggap orang lain. Mereka bagaikan cermin di depan ku, sentiasa melihat dan memberikan komen baik atau buruk dan juga cercaan. Kesunyian malam menambah sakit hati ini.. tiada tempat untuk ku mengadu tiada tempat untuk aku berkongsi masalah... hanya airmata peneman setia. Aku merenung nasib masih adakah sinar menyuluh jalan hidup ku... masih adakah ruang buat ku, bertahta di hati seorang insan yang bergelar lelaki, untuk aku menumpang kasih sayangnya ?

Menanti dalam kesamaran.. nyatanya kini.. aku harus memelihara apa yang aku ada. Memberikan kasih sayang ku, dengan sempurna pada dua insan yang sentiasa bertahta di hati ku. Mama sayangkan Akid dan Arif... maafkan mama, kadangkala leka dengan dunia mama.. yang tiada ertinya. Hidup bergelar ibu tunggal tak semudah yang dilafazkan... dugaannya amat memeritkan yang baik hanya pada mereka yang melihat dan yang buruk hanya pada ku... Aku pasrah....
Ya ALLAH (S.W.T) ampunkan aku.... hanya padaMu aku memohon dan berserah.. AMIN
(Murni Ismail... 14 Mac 2011 22.05)