Selasa, Disember 29, 2009

Kenangan lalu Zul dan Kamarul 27 Jul - 24 Dis 2009

Zulhairi sebelum ke OSI TM
Kamarul sebelum ke OSI TM

Lega.. barang yang aku order dah sampai
Tak kan lah aku kena loading sendiri....
lalu Kamarul kang aku langgar kang ?
Projek 2 juta... lagi mahal dari kau Kamarul

Zul pun sibuk juga dengan projek dia, projek buat rak printer
projek ni... ada lah dalam 2 juta...
Betul ka aku drill ni... karang marah pulak Abg Aziz

Ukuran mesti tepat kalau tak kantoi !!

Kena potong besi lah pulak
sapa tak potong lagi..? mai sini aku nak potong..!!!

Welding lah pulak... tak pa cari pengalaman

Dah nak hampir siap projek 1.5 juta aku ni..

Hai.. sibuk nampak ? ka buat-buat sibuk
dengan guna PC siap guna notebook lagi..
Apa boleh buat... kak Muni la ni, keja dia suruh orang buat.
Kami sentiasa happy kat sini
rugi... sesiapa yang tolak tawaran praktikal kat OSI Tanjung Malim
Kamarul dan kak Muni

Kak Muni dan Zul

Kamarul dan Zulhairi
di OSI Tanjung Malim
Possing habis dalam bilik HOD

Zul sesuai jadi Executive syarikat korperat

Kamarul ada gaya lah jadi pegawai kerajaan

The good Executive En. Yazid
Terima Kasih
Kamarul, Abg Zaki, Abg Mail dan Zul

Kak Ida, Kak Ju, Zul, Kamarul dan Abg Mail
"Kak Ida tengok mana tu..?"

Kak Muni, Kak Ju, Zul, Kamarul dan Wak Kesini

Punch card terakhir Kamarul
Bye.. OSI

Punch card terakhir Zul
24 Dis 2009 5.50pm
Selamat Tinggal OSI...
Terima Kasih

Isnin, Disember 28, 2009

Adik-adik Poli Sultan Azlan Shah...

Tarikh 27.07.09 adalah hari pertama 2 orang insan menjejakkan kaki di laman OSI Tanjung Malim, yang di maksudkan ialah Zulhairi dan Kamarul. Setelah mendaftar di bahagian HR mereka telah diserahkan ke bahagian masing-masing. Zul di QC & Eng manakala Kamarul di bahagian Maint. Kali pertama aku lihat adik-adik ni... aku rasa mereka ni, boleh ikut rentak kat OSI ni.

Al-kisah adik-adik POLI...

Zul.. paling rapat dengan aku, sebab kami satu section. Zul seorang yang pendiam, tenang, berani, berfikiran terbuka, mudah mesra, berperwatakkan menarik (kacak/macho/bergaya) dan gaya hidupnya bersismatik, tersusun dan bertanggungjawab.

Kamarul.. walaupun bukan satu section tapi aku lebih senang dengan dia. Kamarul tersangat mesra orangnya (mudah didampingi), berfikiran terbuka, seorang yang kelakar tapi gelabah, berperwatakkan yang bersahaja (simple), baik hati dan penyayang.

Sepanjang 5 bulan mereka dengan aku, macam-macam pengalaman yang aku dan mereka lalui, adik-adik ni panggil kat aku, kak Muni. Ok..! lah, pengalaman yang manis-manis sahaja yang pahit.. rasanya tak ada. Kalau disuruh, apa pun mereka buat. Kiranya meringankan beban kita orang kat office. Latihan amali yang melibatkan bidang mekanikal engineering ada juga, tugasan yang diberikan dapat mereka siapkan. Bagus adik-adik ni.

Kat OSI kami tak meanaktirikan mereka berdua ni. Macam pekerja-pekerja tetap yang lain, apa yang kami dapat mereka pun dapat. Kita bagi special nak mereka rasa seronok, semasa dalam latihan. Barulah dikatakan mencari pengalaman sebenar dalam pekerjaan.

Tak sedar masa berlalu, dah sampai masanya mereka terpaksa meninggalkan ruang OSI. Pada 24 Dis 2009 adalah hari terakhir mereka bersama aku dan rakan-rakan yang lain. Selepas ni, mereka akan kembali ke Poli dan setelah tamat mereka akan menjejakkan kaki masing-masing ke dunia pekerjaan yang sebenar. Kepada Zul dan Kamarul, kak Muni ucapkan selamat berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi, gunalah setiap pengalaman yang baik di OSI untuk menempuhi hari-hari yang mendatang. Kak Muni mohon maaf jika ada sikap dan tutur kata kak Muni yang mengguris perasaan kau orang. Kak Muni akan sentiasa mengingati Zul dan Kamarul. Kita dah macam adik-beradik, kirim-kirimlah khabar berita untuk mengubat rindu kak Muni pada kau orang.

Akhir sekali, Zul dan Kamarul memang best !! kekalkan prestasi ini. Bila dah berjaya nanti, janganlah lupa untuk membantu ibu dan bapa. Carilah kerja yang sesuai dan bila menjalankan sesuatu tugas keselamatan perlu diutamakan. Semoga berjaya... Kak Muni sentiasa ingat kamu berdua.

Ikhlas dari hati ini
Murni Ismail

Khamis, Disember 10, 2009

Spoken English

Ini adalah kisah benar, kepada sesiapa yang membacanya akak minta maaflah kalau apa yang akak nak taip ni akan mengguris perasaan, terutamanya bukan orang Kedah lah no... Kata orang dulu-dulu... orang Kedah ni pandai (tau cakap orang putih) berbahasa inggeris. Tak percaya... mula-mula akak pun tak percaya tapi lama-lama bila akak dok dengaq sungguhlah.... Suatu hari, adik akak menemankan kawannya dari PortDickson (Nogori 9) melawat bakal tunangnya kat Baling (suatu daerah di negeri Kedah) lepa masing-masing tak tau jalan nak p kampung Teloi. Lepa pun ambil keputusan bertanyakan orang-orang kat situ. Si kawan adik akak ni pun turunlah... "Assalamualaikum bang... saya ni nak tumpang tanya, abang tau dak jalan nak p ke kampung Teloi ?" orang tu pun menjawab " Abang ikut ja.. jalan ni straight, pastu ada simpang 3 abang corner kanan, abang p straight lagi sampai abang jumpa signboard kampung Teloi, depan sikit ja ha ! jumpa la." Penerang yang panjang lebar. Kawan adik akak ni... kira macam lawak la juga dan prihatin. Masa dia masuk dalam kereta dia pun berkata "Jan... abang tu tadi spoken english dengan aku.." Tau apa maksudnya ? Orang Kedah tak kata pergi terus tetapi (p straight) orang Kedah tak kata belok tetapi (corner) dan orang Kedah tak kata papan tanda tetapi (signboard) Ada banyak lagi perkataan-perkataan bahasa inggeris yang orang Kedah gunakan sebagai kata perantaraan harian mereka. Nanti kalau akak dapat contohnya akak taip lagi OK ! Apa-apa pun Orang Kedah memang BEST !!! Kawan adik akak tu kata orang nogori pun tak dapet cakap oang potih camto... Jangan marah ya orang nogori... Hang pa pun baguih juga.

Juadah Istimewa Hari Natal

Hmmm... sedap tak tengok ayam golek kat atas tu.. Bohong lah... kalau hang pa semua kata tak terliuq. Ini namanya ayam christmas... aku memang suka makan ayam ni, tapi tak lah selalu... nak mampus ! Selalunya masakan yang istimewa macam ni disajikan pada hari-hari tertentu saja. Betoi dak ? tapi la ni tak payah tunggu hari hari istimewa kita boleh makan tiap-tiap hari bila-bila masa. Apa yang pasti ayam golek kat atas ni memang nampak sedap. Nak resepi...? hehehe... cek pun tak tau... selalu-selalu mak cek yang masak.. I'm sorry lah no.... Nanti cek balik SP cek tanya kat mak cek resepi dia... Bye....

Rabu, Disember 02, 2009

Al-kisahnya.. Akid nak berkhatan

22hb Nov 2009 selepas waktu zuhur, aku dan keluarga yang lain, bersiap sedia untuk majlis doa selamat untuk Akid anak sulung ku, sempana esok "berkhatan" sampai masanya majlis pun bermula. Kenduri ala kadar saja, jemputan pun kekawan office terdekat dan jiran selorong je.. yang penting niat kenduri ni, semoga apa yang dihajatkan dan dirancang berjalan dengan sempurna dan Akid selamat berkhatan esok. AlhamduliALLAH kenduri doa selamat dan bacaan yasin berjalan dengan sempurna. Juadah untuk jamuan makan kenduri ni, aku tempah kat kawan se office Yazid & Su Katering . Kepada semua tetamu yang sudi datang ke majlis kenduri ala kadar saya dan keluarga ni, saya ucapkan terima kasih. Kepada Ida dan Zaki, thank you atas sumbangan buah tembikai dan kuih apom.


23hb Nov 2009 jam 8.00am saya dan suami macam biasa, ready nak ke Pusat Perubatan BAKTI untuk khatankan Akid. Tapi.. Akid dah mula buat hal, bangun pagi je.. dah nangis, tak nak berkhatan.. tapi setelah dipujuk rayu, Akid ikut juga.. melihat pada wajah Akid yang masam je.. aku dan mula rasa risau dalam hati takut-takut dia tak mau. Dalam hati, aku dok berdoa janganlah tak jadi. Sesampai je, kat Bakti.. Akid sepatah pun tak bercakap. Diam.. je...


Kami kena menunggu giliran, sampai masanya nama Akid dipanggil. Kat sini ibubapa tidak dibenarkan masuk. So.. Akid kena beranilah... masuk ke bilik untuk berkhatan. Akid macam biasa tak bercakap dan masuk ke bilik tu...@#@%%$&#@% Sekali lagi aku berdoa, selamatkanlah anak ku untuk berkhatan dengan selamat YA ALLAH Amin... Ibu mana yang hati tidak risau.. apa-apa pun aku berserah kepadaNya.
Tidak berapa lama lepas itu, tiba-tiba Akid keluar dengan seorang lagi budak lelaki badan pun lebih kurang sama macam Akid, sambil menangis.. "Mama.. Akid tak mau sunat. Sakit.." kata Akid. Aku dah mula nak jadi satu macam ni.. apa taknya, anak orang lain lagi kecik dan kurus daripadanya boleh tahan sakit inikan pula dia yang besaq ragam. Lagi satu.. kawan dia yang tak plan nak sunat pun dah selamat, Fakri. Ni tak boleh jadi ni.. kena hukum paksa ni. Suami aku pula dok pujuk dia.. cara baik. Malu kat orang dok tengok. "Akid nak sunat tapi satgi abah kena teman" oklah.. atas permintaan Akid suami aku setuju, janji sunat. Setelah membuat perbincangan, sampailah masanya.. Akid terus berkeras tak mau sunat. Sampai suami aku pun kena sound dengan doktor kat situ. Celupar juga mulut doktor ni, macam haram jadah !!! patutlah ramai kekawan bercakap, memang betul tak pernah aku lihat sikap seorang yang terpelajar, doktor bersikap macam ni. Akhirnya.. tak jadi juga kami pun balik ke rumah dengan hampanya.
Aku dengan rasa marah dan malu, sampai saja rumah terus memukul Akid dengan rotan. Suami aku pun marah juga, apa taknya dalam kamus hidup dia, inilah kali pertama dia dimarahi oleh seorang doktor, celaka betul doktor tu. Ibubapa mana yang tak malu dan kecewa, dengan sikap anak yang macam ni. Mujurlah mak aku ada di rumah masa tu, tapi kalau nak ikut angin marah mak aku lagi dahsyat dari aku kalau dia meletuplah. Kami cuba pulaukan Akid, sebab tak mau sunat. Cikgu-cikgu dia pun datang pengasuh pun datang nak melawat orang selepas berkhatan tapi tak khatan lagi.. apa dah jadi.. semua yang datang dok nasihat dia tapi dia buat dek....aje. Buat pekak badak !! muka buat muka tembok.
Entah macam mana Akid ubah fikiran setuju nak sunat, kali ni dia nak pi klinik Dr Shahrul kat Slim River, Ok ! kita orang ikut cakap dia. Petangnya jam 2.30pm aku dan emak aku bawa dia pi klinik Dr Shahrul, suami aku dah tak larat nak turut cakap dia. Takpalah.. janji jadi sunat. Malangnya.. perkara yang sama berlaku.. sekali lagi tak jadi. Hai..lah Akid awatlah hang buat macam ni kat mama dan abah. Malu tau... Macam biasa, kita orang semua buat tak tau je.. kat dia bila dah sampai rumah.. yang bestnya malam tu Akid tak makan malam.. terus tidur macam tu je...
Emak aku dah mula tak tahan dengan perangai Akid, aku pula mula dah nak slow tak mau memaksa dia tapi mak aku kata tak boleh !!! Kena potong juga. Nak tunggu dia bersedia ?? Bila dia nak bersedia ??? Akhirnya... keputusan telah dibuat klinik terakhir menjadi pilihan Akid klinik Syifa. Dia nak ikut macam Fakri pakai clamp.. OK !
24hb Disember 2009 jam 3.20pm Akid selamat berkhatan. Pengalaman yang tak dapat dilupakan selamanya hayat aku dan suami Akid berkhatan 6 orang kena pegang. Akid lah... teruk betul... skrip yang tak dapat aku dan suami lupakan sampai mati "doktor..!! saya rasa macam nak mati.." dan " ha..!!! tukaq gunting pula.. Tolong..!!!"
Walau apa pun yang dah berlaku dah jadi sejarah dalam hidup Akid.. cerita berkhatan ni belum habis lagi tau.. ha.. kita tunggu 3 tahun dari sekarang, kita tengok gelagat Arif pula nak berkhatan.
Jumpa lagi...

Rabu, November 18, 2009

Syair di hati


Sering ku lagukan syair di hati

Agar naluri ini tidak sepi

Badai semalam mengundang resah

Menyentak anganku bersama mu

Sering ku lagukan syair di hati

Mendodoi lenaku mimpi berpanjangan

Entahkan bila kita bersatu

Mendakap mesra bayu asmara

Jangan kau lepaskan rantai cinta

Mengikat sukma batin berdua

Semarakkan cinta di pelamin bertahta

Wanita...


aku wanita

yang berpandu arah

akal dan naluri ku sendiri

aku wanita

yang diciptakanNya

berbekalkan impian murni

laluan masa tiada ku sedar

serentak ku mengatur langkah

mekar ku di rantauan penuh duka

atas fitnah dusta durjana

tangisan gembira

tangisku meronta

bersatu dalam satu wardah

ketawa berduka

dan tawa gembira

bersatu dalam satu wardah

Ahad, November 15, 2009

Bukan sekadar teman

tiada ku menduga

setelah sekian lama aku sendiri menyepi
hadirmu bak selembut bayu
menghembus rindu diwajah ayu
melingkar di mata membelai di jiwa
genggaman erat tangan mu
membuat aku terharu
keikhlasan mu sungguh
mengusik emosi dan perasaan
kau juga pernah permainkan diri
kau ingin aku membelai jiwa
walaupun kau bukan kekasih
namun bukan sekadar teman biasa
hadirmu membawa cahaya
di hati nan terluka
di antara cinta dan kasih
apakah ada jurang pemisah
oh..!! sayang ku....

Jumaat, November 13, 2009

Kasih tercipta...


Tidak mampu aku bicara

Hanya ku pendam segengam harapan

Jika kau tahu isi hati ku

Hanya rindu sering bertemu

Tidak mampu aku bicara

Hanya ku mimpi kita bersatu

Ceritera cinta yang tercipta

Membuatkan kita resah gelisah

Tidak mampu aku bicara

Dakapan asmara hanya bayangan

Cinta ini tiada noktah

Menjadi rahsia antara kita...

Khamis, November 12, 2009

Sinar mu bintang....


kerlipan mu indah bila dipandang

angkasaraya tempat bertahta

mencapai mu hanya menjadi igauan

kerlipan sinarmu peneman malam

megah mu bintang tinggi di langit

sinar mu jua menyembah bumi

mendakap rindu di kala sepi

kerlipan indah menjadi idaman

penawar resah rindu kekasih

Rabu, November 04, 2009

Akid Iskandar




Hai..!!






Nama : Akid Iskandar Bin Rohaimi
Tarikh lahir : 02 Jun 2000
Tempat lahir : Sungai Petani Kedah
Tentang saya : Adil, Kreatif, Beriman,
Dedikasi





Dengarlah anakku


Mengalirnya kasih suci tanpa dikira balasan kelak

Demi mu insan yang amat ku sayang

Jiwa dan raga sanggup ku korbankan

Tidak mengenal erti penat dan lelah

Membesarkan dikau sanggup didaki gunung yang tinggi

Agar engkau anakku tidak menangis

Menahan lapar dan dahaga

Tidak ku janji emas dan permata

Menjadikan kau bahagia gembira

Hanya ilmu bekalan dunia

Jadilah engkau insan berguna

Titipan kasih ayah dan bonda

Jangan kau menyerah kalah

Rintangan yang ada jadikan engkau semakin gagah

Demi bangsa dan agama

Agar dirimu dikenang selamanya

Ketika detik itu...

Ini pengalaman pertama.. lengan dan bubun ku semakin berpeluh.. sakitnya datang sekejap-sekejap.. hatiku menjadi risau.. adakah sudah sampai masanya, aku akan melahirkan anak ku yang pertama. Semakin kencang sakitnya.. lantas aku di masukkan ke wad bersalin. Aduh.. sakitnya, aku diberitahu saluran kelahiran baru 4cm, untuk proses kelahiran perlulah 10cm. Ya Allah... sungguh tak sangka dugaan mu. Aku makin sakit.. mengiring tak kena saja.. dingin tak terasa tatkala peluh membasahi tubuh menahan sakit. Hampir 5 jam aku melawan sakit surah mariam tak henti ku baca dalam hati.. Ya Allah. Ibuku datang menemani.. mengusap belakang pinggang ku.. " sakitnya mak.." hanya itu yang mampu aku katakan bila melihat ibuku. Beginilah sakitnya hendak melahirkan anak, tak sanggup lagi aku tanggung. Hanya ibu, abah dan suami bermain di mata. Ampun ku pohon kiranya aku pergi dulu saat ini. Tiba-tiba ketika itu suara azan solat jumaat sedang dilaungkan makin kencang sakitnya terasa macam terputusnya pinggang dan badan.. dengan tenaga yang ada aku terpaksa meneran sepenuh nafas yang ada, sekali lagi Ya Allah.. aku sebut, tangisannya mula ku dengar lahirlah cahayamataku yang pertama. Amanah mu Ya Allah.. ku terima seorang putera 02 Jun 2000 ketika umat mu bersolat jumaat, hari yang mulia. Tanganku hulur menerima mu anakku, ku titiskan susuan buat pertama kalinya aku bergelar ibu. Syukur Ya Allah sempurna segalanya.. setelah diazankan oleh suamiku.. Akid Iskandar teguh dan tetap nama seorang raja diberikan namamu untuk cucu lelaki pertama oleh tok wan (arwah abah ku). Agar dirimu sentiasa berpendirian tetap, tegas dan berani mempunyai sifat kepimpinan seorang raja dan ketua. Dikaulah harapan keluarga.. kiranya mama dan abah tiada lagi. Mama dan abah merestui Akid Iskandar demi kebaikkan sepenuh kasih dan sayang.

Arif Firman


HELLO...!!!

NAMA : ARIF FIRMAN BIN ROHAIMI
TARIKH LAHIR :
11 MAC 2004
TEMPAT LAHIR : SUNGAI PETANI KEDAH
TENTANG SAYA :
Amanah, Riang, Inovatif, Berfikiran terbuka

Ahad, Oktober 25, 2009

Gurindam Kalbu


Ingin ku renung sinar mu bulan

Jadikan mimpi ku indah belaka

Bersinar indah harumnya bagai alam syurga

Ingin ku renang tasik yang dalam

Jagikan hidup ku damai suasana

Alam flora dan fauna teman sejiwa

Ingin ku daki gunung tegap dan gagah

Jagikan aku insan berjaya

Makanan harian hanya cabaran

Pantang undur sebelum mencuba

Anak MELAYU tak hilang di dunia

Selasa, Oktober 20, 2009

Ketahuilah sayang

11hb Mac 2004 pada jam 4.08minit petang aku menerima kurniaan Ilahi cahayamata ku yang kedua. Apa yang dapat ku katakan sakitnya yang ku tanggung untuk anak yang kedua ini tidak banyak bezanya dengan yang pertama. Sudah nasib ku, dugaan bersalin kali ini amat menyakitkan. Aku ditemani suami disisi, ketika itu sakit yang ku tanggung tak dapat ku katakan. Jam 9 pagi aku dimasukkan ke labour room, sekali lagi aku merasakan detik yang dikatakan "nyawa di hujung tanduk" atas kebesaran mu YA ALLAH.. ku terima amanah mu ini zuriat suami ku yang ku lahirkan. Walaupun sakit itu dugaan yang amat kencang kurasakan, aku terima... Menyempurnakan amanah mu YA ALLAH.. nama yang indah ku letakkan agar sempurna nyawa dan badan. ARIF FIRMAN nama mu seindah bahasa agar kau menjadi anak yang baik budi pekerti, beriman, bijak dan soleh.. Arif Firman maknanya biarlah seakan sejiwa, arif dalam apa jua yang kau lakukan, bijak mengatur hidup mu dan sentiasa patuh dengan arahan selagi kau anak ku menjadi khalifa di bumi ALLAH. Mama dan abah sayang Arif Firman sepenuh jiwa dan raga..

Isnin, Oktober 19, 2009

Resahnya Cinta

Ketika
Masa yang berlalu mengubah hari
Hati ku mengamit kenangan waktu bertemu
Mengundang sebaknya dada ku rindu padamu
Wajah mu bermain di dalam ingatan ku
Bagaikan daun yang berguguran
Andainya engkau hilang dari ku
Unggas yang kepatahan sayapnya terjadi pada ku

Cinta

Cinta...
alam indah penuh pesona
hembus bayu bahagia terasa
ribut ganas seloka adanya
panas api membakar asmara
kala hati disulami romantika
cinta ada pada jiwa
Cinta...
kuatnya mengubah duka gembira
berkasih itu adatnya
peluk cium manis terasa
berkasih indah semuanya
Cinta...
sakit dirasa bila terpaksa
menghempas badai di jiwa
gelora mutiara bergenang di mata
citra manusia
mampukah aku milikinya

Jumaat, Ogos 28, 2009

Sepi

Sepi.....
Tika hati ini berdetik
Damaikah aku dalam nyata
Sepi...
Hadir tak tahu jemu
Patutkah aku melayani mu
Sepi...
Indahkah naluri
Kala di kata Sepi Itu Indah
Sepi..
Tak mampu mengubah
Realiti hidup
Sepi...
Peneman di kala ada
dari jiwa tak punya siapa
mengulit jua mimpi KITA

Khamis, Ogos 27, 2009

Pena Menari

Salam kasih dan hormat buat semua pembaca blog akidarif. Apa yang tercoret di dalam blog ini adalah sekitar kenangan penulis dan keluarga, yang menjadi kenangan indah buat semua. Menghargai insan lain adalah sesuatu yang amat mulia. Blog ini khas buat keluarga tersayang, sesungguhnya.. air dicincang tidak akan putus. Walau kita jauh di mata tapi di hati sentiasa diingati. Dari kecil kita di asuh dan didik dengan penuh kasih dan sayang. Menghormati sesama kita agar tiada yang berkecil hati. Beralah tidak semestinya kita lemah tetapi untuk mendamaikan suasana yang kita cipta sejak kecil. Abah dan mama permulaan kita.. Susah senang kita tempuhi dalam keharmonian hidup berkeluarga. Kekalkan kebahagian kita kecapi selama ini. Jangan kita pentingkan diri sendiri, sentiasa ingat bahawa kita sering diperhati. Rindu kita di angin lalu.. Kasih kita kuat terpaku.. Tatkala kita jarang bertemu Cinta Sayang ada selalu...