Selasa, November 23, 2010

Dari Hati Ini (2)

Assalammualaikum...

Terlebih dahulu saya memohon kepada semua yang terbaca blog ini agar benar-benar memahami maksud dan cerita "Dari Hati Ini" bukan hanya untuk suka-suka menceritakan masalah sendiri agar dapat meraih simpati tetapi ini adalah realiti hidup. Mungkin ada di antara pembaca blog menghadapi situasi yang sama, saya lalui atau ada pengalaman yang hampir sama.
Saya hanyalah insan biasa, yang akan sentiasa melakukan kesalahan/kesilapan. Saya juga akan sentiasa diperhatikan dan akan sentiasa dikritik, mungkin dengan tujuan menyedarkan saya daripada melakukan kesilapan, mungkin dengan tujuan menasihatkan atau mencadangkan dan mungkin mengungkit kisah silam.

Satu tamparan hebat apabila kita di "brainwash" ini bagus... kita dapat mengetahui akan peratusan tahap kesalahan yang dilakukan. Namun, kesannya daripada memanjangkan cerita lebih baik berdiam dan membiarkan ianya berlalu. Betullah kata orang, apabila kita menunjukkan sesuatu kepada orang lain dengan menggenggam jari-jemari dan ibu jari adalah petunjuknya empat jari yang digenggam itu menghala ke arah kita. Oleh itu... empat kesalahan yang penyebabnya aku dan satu kesalahan yang penyebabnya orang lain. Tetapi adakah orang lain pun beranggapan seperti aku...? Oh..!!! Tidak... tidak sama sekali...

Aku wanita yang berpandu arah akal dan naluri ku sendiri. Siapa lagi nak ku serahkan tentunya kepada Mu Tuhan ku yang Kaya. Segala duka satu keindahan... segala CINTA satu kedamaian...
Siapa lagi yang ku miliki setelah memutih warna pelangi... Tiada kejora di langit tinggi.. yang aku tahu saat dan ketika...

Inilah keputusan ku...

Murni Ismail 24 Nov 2010 13.15

Sabtu, November 13, 2010

Dari Hati Ini (1)

Assalammualaikum...

Buat sesiapa yang terbaca blog ini, saya berharap anda berada di dalam keadaan sihat dan bahagaia di samping keluarga masaing-masing. Sudah lama saya tidak mencoretkan sesuatu di dalam blog ini... saya akui saya jarang sekali menjengah masuk ke blog sendiri. Ketandusan idea... adalah peyebab utama. Kini, insyaAllah saya kembali untuk memberi sesuatu kepada sesiapa yang menjengah ke blog ini.

Mengharungi hidup sebagai seorang balu dan ibu tunggal ada amat menyukarkan. Apatah lagi mempunyai anak-anak yang masih kecil, masih memerlukan kasih sayang seorang ayah. Ya.. saya mampu menjadi mama dan ayah kepada mereka. Tetapi pada fikiran mereka saya bukan ayah saya adalah mama. Memang memerikkan.... airmata ini sering menemani ku. Dugaan yang aku lalui mungkin tidak ternampak oleh mata kasar, di hati ini hancur.... tatkala kenakalan anak-anak semakin tidak terkawal. Memberontak dalam diam, sering melakukan perkara-perkara yang menyakitkan hati orang, menambahkan kemarahan orang. Inilah dugaan menjaga dan mendidik anak-anak ku (anak yatim) apa yang selalu aku risaukan ialah jika mereka terus begini bagaimana..? dan jika aku tiada lagi, bagaimana dengan mereka..?

Pernah aku bertanya, apa salah ku dan apa yang mereka mahu aku lakukan asalkan mereka dapat berubah. Aku sedih aku geram aku benci aku sakit hati..... apabila anak-anak ku sering ditegur berulang kali walaupun kesalahan dan kelakuan mereka itu tidak terlampau. Jika nak di bandingkan dengan anak-anak lain yang masih mempunyai ayah di muka bumi ini. Anak-anak ku sendiri juga masih tidak mahu berubah walaupun sudah dinasihatkan berulang kali tetap melakukannya. Ya ALLAH .... apa salah aku, ampunkanlah aku Ya ALLAH... aku bermohon pada Mu agar kau permudahkan segalanya urusan hidupkan di muka bumi ini. Bahagiakan lah aku dan anak-anak, lindungilah kami... AMIN.

Sesungguhnya banyak perkara dalam hidupku sering terjadi perubahan yang besar. Harapan aku agar anak-anak, dapat menerima perubahan ini. Janganlah asyik salahkan mama, kini hanya kita bertiga... mama sayangkan anak-anak mama. Jika kamu sering ditegur dan dinasihati anggaplah bahawa diri kamu (anak-anakku) masih disayangi. Jangan ulangi perbuatan yang orang lain tidak suka.

Kalau ada wanita yang mengatakan bahawa menjadi ibu tunggal lebih baik daripada ibu yang bersuami, tetapi bagi aku tidak. Mungkin kerana situasi perpisahan yang berbeza. Bercerai hidup dan bercerai mati. Hakikat hidup... lelaki dan wanita sering memerlukan, pandai-pandailah kita membawa watak masing-masing menjalankan tanggungjawab membahagiakan hidup menggunkan akal dan berlandaskan pegangan agama.

Kisah hidupku akan terus berjalan dalam suka dan duka, aku pasrah dalam keadaan apa yang mendatang. Namun aku tidak pasti sama ada aku kuat atau tidak mengharunginya. Hati seorang wanita tetap lembut dan sensitif. Teman setia ku, tetap airmata. Terukir senyum ku menyimpan pelbagai rahsia. Aku wanita yang berpandu arah akal dan naluri ku sendiri. Aku wanita yang diciptakanNya berbekalkan Impian Murni. Dapatkah aku mencapai impian itu.

Murni Ismail (12.25pm 14 Nov 2010)

Sabtu, September 18, 2010

KAMI

Turut kan hati mati... Turut kan kata binasa... Jadinya apa yang harus aku pilih..? Setelah mendapat panduan dariNYA.. Hmmmm.... Biarkan sajalah... "Buat apa nak sakitkan kepala, memikirkan perkara yang tak penting dalam hidup" Tetapi kadangkala berdesing jua di telinga bila mendengarkannya.... Dulu masa ada pasangan hidup... aku hanya menonton watak ini di dalam drama atau telefilem, tapi sekarang kenyataannya, BENARLAH....
Tak kena sikit ja... dah dapat cemuhan, apa jua yang aku buat untuk diriku dan anak-anak semuanya dapat komen. Apa salah aku...? Kenapa hanya aku yang mereka nampak..? Adakah mereka yang bergelar isteri dan seoarang ibu yang yang bersuami ExCeLlEnT..!!!! dan aku seorang Ibu Tunggal, FAIL..???
Aku sudah lakukan dan jalankan tanggungjawab semuanya tapi kenapa mereka melihat ianya tak sempurna...?? Aku tidak pernah merungut, bosan, letih, kesal, dan ..... Anak-anak ku jua tidak lagi merasa kehilangan malahan kami semakin erat dengan kasih sayang dan matang. Aku berterima kasih pada ibuku dan kakak serta adik-adikku yang amat memahami KAMI.
Harapan, agar KAMI tidak diuji lagi, kebahagian KAMI atas apa yang KAMI lakukan demi masa depan masing-masing.

Rabu, Ogos 18, 2010

Yang ku nanti (samar atau pasti)

Setelah sekian lama aku menunggu kini aku bakal mengatur langkah ke dunia baru. InsyaALLAH akan aku pastikan aku di landasan yang betul. Seperti mana dulu aku setia, aku amanah dan sentiasa menerima perubahan akan aku lakukan perkara yang sama. Niat ku hanya kerana ALLAH S.W.T serta untuk memberikan keselesaan dan kesempurnaan disamping memikul amanahNYA kepada dua orang insan yang masih kecil (anak-anakku).
Harapan ku, agar apa yang bakal ku lalui nanti diizinkanNya, dipermudahkan segala urusan, tiada rintangan dan halangan serta aku sentiasa dilindungiNya. Demi anak-anakku, cabaran ini aku terima perubahan yang ku pinta akan ku jalani hingga sempurna. Kenyataannya aku harus tetapkan pendirian dan lakukan, biarpun aku pasti gelora yang bakal menanti.
Sunyi, takut dan hati tidak seceria dulu, itulah jiwa ku. Tangkisan dan kikisan sentiasa aku praktikkan supaya aku tidak dicopkan sebagai yang bermasalah dan kurang yakin. Adakala aku jadi berani dan bersemangat adakala aku jadi seorang yang tunggu dan lihat dan perlbagai karektor aku hayati. Hei..!! aku di bumi yang nyata dan aku tidak berseorangan, masih ada yang perlukan aku dan masih ada yang perlukan cinta ku... Ah...aa.... Maybe....
Kepastian yang aku sendiri nampak samar dan aku sendiri berteka-teki.... Namun inilah realiti, haruskah aku menolak atau endahkan sahaja. Aku akan dikatakan tidak menghargai... rumitkan? bila kita perlu membuat keputusan. Hanya aku yang tahu.... dan hanya dia ..........

Khamis, Julai 15, 2010

Salam Blog Cinta Sayang

Sudah hampir 4 bulan Cinta Sayang menyepi... kini Cinta Sayang kembali mencoretkan gubahan dan ilham minda mengikut hati dan perasaan. Semuanya berlaku tidak ku duga, sudah suratan takdir dan aku menerima dengan redha akan ketentuannya. Kita dijadikan olehNya dan kita pasti kembali kepadaNya. Hidup dan mati adalah benar.... maka pada 17hb April 2010 pada kira-kira jam 7.44am aku dikejutkan dengan pemergian suami tercinta ke pangkuan ilahi.... aku bagaikan lumpuh sebelah badan tatkala aku menatap jasad yang kaku tidak lagi bernyawa... hanya airmata tak henti mengalir menemani ku ketika itu. Namun aku harus tabah, bangun semula menyapu airmata kerana kedua orang cahayamata ku yang masih kecil menumpang akan kekuatan semangatku untuk terus hidup. Akid dan Arif kini peneman hidup mama dikala suka dan duka. Tak akan mama sia-siakan hidup kamu berdua. Apa pun yang terjadi kita tetap bersama, abah pergi sebab setiap insan yang diciptaNya akan kembali kepadaNya kita harus mengerti dan redha, agar abah tenang di sana.
Kini setelah hampir 100 hari arwah pergi, dan aku dan anak-anak bersyukur segalanya berjalan lancar. Aku dan anak-anak tidak lemah semangat, dan kami bertambah tenang dan bahagia ditemani keluarga yang lain. Kami kini di samping keluarga yang lain dapatlah anak-anak ku menumpang kasih bapa saudara dan emak saudara dan aku lebih kuat apabila berkongsi suka dan duka serta mendengar nasihat dari ibu ku dan beberapa ibu tunggal yang lain. Semoga Tuhan memurahkan rezeki ku, dan memanjangkan usia ku dan memberi aku kesihatan yang sempurna agar dapat aku membesarkan anak-anak ku sehingga mereka dewasa. Amin...
Cuma kini aku perlu lebih memberikan masa kepada anak-anak, dan setelah berfikir panjang buruk dan baiknya keputusan ku, aku harus keluar dari kerjaya perkilangan... maksud ku bidang kerja sekarang. Aku akui aku agak tertekan berada di HHMM, adakalanya ianya membawa kesan terhadap anak-anak. Bodoh tindakan ku melepaskan perasaan tertekan pada anak-anak yang amat memerlukan kasih sayang ku... Tak perlu aku menjelaskan sebabnya biarlah ianya menjadi kenangan dalam diari hidup ku.
Aku kini dalam penantian ke dunia pekerjaan yang baru, yang aku rasa aku akan lebih tenang di sana, walaupun tidak bernaung di bawah syarikat yang terkenal, asalkan upahnya boleh aku membesar dan membahagiakan anak-anak ku. Cinta Sayang Kasih Firman Iskandar....
Mama sayang Akid dan Arif... Kasih Kita Kekal Abadi mama rela korbankan segalanya demi anak-anak mama...

Rabu, April 07, 2010

Mac 2010

Assalammualaikum.. bertemu lagi di alam maya ini, untuk bulan Mac tiada yang kritikal. Family setenang biasa, kerjaya berjalan seperti biasa, kewangan emm... agak bagus, syukur dengan rezeki yang ALLAH S.W.T berikan.
Saya rasa mungkin ada diantara rakan pembaca pernah melalui atau mendengar perkataan "cakap tak serupa bikin" dan "sembang deraqs... buat dak pun" inilah tabiat manusia yang selalu mahu orang lain memandang mereka bagus. Apa yang boleh saya katakan.. bagi yang berkata-kata, berjanji dan membuat perancangan terhadap orang lain namun memungkirinya secara tidak sengaja atau disengajakan atas sebab-sebab tertentu pastinya tidak merasa apa-apa. Bagaimana pula dengan perasaan mereka yang menjadi mangsa keadaan ini. Pastinya kecewa, marah dan rasa tertipu. Inilah yang selalu berlaku dan akan terus berlaku disekeliling kita. Bolehkah kita sebagai manusia biasa, terus menjadi jujur dan ikhlas? Mampukah kita menyedarkan atau menasihati orang-orang seperti berikut? Tanyalah diri sendiri...
Putar belit alam, kedekut tahi hidung masin, mengira pahit, harta orang dia sapu harta dia simpan membukit...Ha..! kita pastinya pernah berjumpa dan mengenali orang-orang seperti dinyatakan. Apa pula yang ini... Inilah, penyakit manusia yang tak boleh diubati. Kenapa begitu... ialah, penyakit ini tuan diri sendirilah... yang kena mengubatinya.. kena berubah. Orang-orang seperti ini, selalunya bijak berbohong... buat kalut sana buat kalut sini, cakap kat orang sana cakap kat orang sini... last-last ? Aik... sapu habis hak orang lain. Mereka juga, memang bijak dan pandai mengenakan orang, berlagak pun berlagak, apa perkara yang mereka tak tahu semuanya tahu... tapi hampeh..!! Ringkasannya, mereka ni pandai berlakon dan pandai kelentong...!!!
Saya tidak menujukan topik ini kepada sesiapa, tapi kalau rasa-rasa diri sendiri seperti yang di nyatakan... berubahlah... no... kata orang Kedah. Janganlah asyik nak ambil kesempatan.. dan mengenakan orang. Janganlah.. nak mengira sangat, janganlah dok sembang deraqs, janganlah dok kalut p kalut mai... last-last tak buat. Kenalah ada rasa timbang rasa terhadap orang lain. Tak kanlah kita aje nak senang orang lain... macam mana? Fikir-fikirkanlah na...
Pena berhenti di sini, jumpa lagi di bulan April... selamat tinggal Mac 2010..

Isnin, Mac 15, 2010

Ombak Cinta

Izinkan ku bersuara KASIH...
Dimana kelembutan yang ada dulu
Hanya aku yang berusaha menarik
KASIH kau membisu tanpa kata
Penjelasan mu kabur tidak nyata
Hanya aku pertahankan segala
Walau disambung lagi tidak sekuat dulu
Aku dihempas ombak cinta
Maafkan aku berbicara
Dikau kekasih duri menikam hati
Cinta kini pergi....

Isnin, Mac 01, 2010

Februari 2010

Assalammualikum... bicara tinggalnya Februari 2010, bagi aku dan keluarga tiada apa yang menarik, semuanya berjalan seperti biasa. Cuma untuk permasalahan ahli keluarga yang lain adalah sikit-sikit. Kata orang kalau tak ada masalah.. tak sempurnalah hidup kita sebagai khalifah di muka bumi ni. Walaubagaimana, masalah yang datang dapat diselesaikan, meskipun ada yang terasa hati, marah dan tidak puas hati. Senang cerita, kita kenalah berfikiran POSITIF ! ada masa kita beruntung ada masa kita rugi, barulah dikatakan ada pengalaman hidup. Bila kita ada masalah, dan kita selesaikannya, keputusannya kita kenalah terima. Anggaplah keputusan ini sebagai hadiah yang bermakna walaupun ianya perit atau tidak, kerana ia boleh mengajar kita menjadi, manusia ! lebih matang. Selain itu, tidaklah kita menjadi manusia yang pentingkan diri sendiri dan tidak mahu berusaha untuk memajukan diri dan keluarga. Jika beroleh keuntungan, janganlah bermegah diri pula. Kena ingat, hari ni hari kita, esok-esok... ha sendiri mau ingatlah. Segala perbuatan baik akan dibalas dengan baik dan segala perbuatan jahat akan dibalas dengan ... Kena ingat ALLAH itu maha berkuasa. Harta yang ada di bumi ini hanyalah pinjaman. Kalau dapat free pun janganlah nak kaut semua, tapi kalau dah dapat... gunalah sebijak yang mungkin jangan jadikan tempat syaitan dan jin membiak. Olehitu.. wahai saudara-saudara ku semua... inilah coretan tinggalnya Februari 2010

Jumaat, Februari 26, 2010

Mendakap Rindu Seorang Kekasih..

Cinta.. yang pergi
Gugurnya berlagu sepi
Ku hempaskan kasih cinta
Kerna aku lupa pada janji-janji semalam
Kini ku mencari cinta
Yang aku sedar akan nilainya
Cinta.. kembali lah dihati
Akan ku patri cinta ini
Sumpah ku hanya untuk mu
Aku pasrah...
Mendakap rindu cinta mu
Aku mencintai mu SAYANG...

Rabu, Februari 24, 2010

Puncanya dari AKU..?

Telah aku fikirkan...
Titik mulanya, aku di sini
Telah aku imbaskan
Dulu aku dan kini
Kini aku huraikan
Bezanya banyak jauh aku tinggalkan
Takut berani tak yakin aku tempuhi
Cemuhan caci kutuk bertalu ku simpan sampai mati ..!
Dapat aku lakonkan babak tugas yang diberi
Yang sempurna tak nampak dinilai puji
Yang kantoi... Huh..!! buah mulut tak gugur lagi
Bangun..!!!
Jangan tidur leka lagi
Kena pijak kepala sakit nanti
Kutip kembali semangat yang tercicir
Himpun kembali cabaran berguni
Jadikan dirimu apa yang kau mahu
Biar yang memandang tak bergosip
Aturkan fikiran supaya POSITIF
Susun dan terus susun jalanmu
Lurus... biarpun bengkok jangan pening
Siapa mereka jangan peduli
Buat sesuatu jangan menyusahkan orang lain
Pasti sempurna

Selasa, Februari 23, 2010

Perlukah aku berteka-teki..?

Dah berkali-kali aku dengar, nak percaya atau tidak saja. Biarpun ianya terjadi atau sebaliknya aku tetap bersyukur.
1) Aku masih lagi diperlukan di sini
2) Aku masih lagi dipercayai oleh orang atasan
3) Aku masih berpeluang untuk belajar sesuatu yang baru
4) Aku sentiasa diperhatikan
5) Aku taklah rasa jemu dalam kerja

Namun aku harus fikir apa pandangan orang terhadap aku, adakah aku boleh menyempurnakan sesuatu dengan berkesan atau aku hanya ada lagak. Apa yang pasti jawapannya bukan pada aku tapi pada mata yang memandang cara aku.
Sesungguhnya aku jemu dengan kerja sekarang tak aktif ! aku jadi lemah..@#$%#
tak nak salahkan sesiapa, aku salahkan aku sendiri. Tak pandai..!!!

Aku akan terima dengan hati yang terbuka, sebab aku mahukan cabaran. Asalkan aku mendapat tunjuk ajar dari orang yang berpengetahuan dan ada sifat kepimpinan (mentor). Bukan main lepas... aje, boleh dapat sawan aku.

Sekarang ni.. kalaulah benar.. apa yang dikhabarkan, aku tak mau tamak ..!!! aku nak lepaskan apa yang aku ada sekarang. Aku hanya insan biasa, boleh ada masalah, boleh sakit dan macam-macamlah... aku tak mau nanti orang mengata kat aku, nak buat sangat .. ambil..!!! Aku tak sanggup.

Jadi... perlukah aku berteka-teki...?

Isnin, Februari 22, 2010

Selamat Hari Lahir MAMA...

Mama..
Dikaulah idola sepanjang hayat
Inspirasi terpatri nilainya sempurna
Memancar sinar menyuluh hidupku
Membuat aku berani berdikari
Mama...
Puisi rindu kau lagukan untukku
Ingatan tak lekang akan jasamu
Dari aku tak mengerti
Kini ku jiwai watak sendiri
Mama....
Kasihmu lebih suci bak titisan embunan pagi
Kau mencorakkan bunga kasih sayang
Tanpa mengira penat dan lelah
Sifat yang luhur bak bidadari syurga

Selamat Hari Lahir Buat Insan yang melahirkan aku ke dunia ini.... Pn Hajah Hasnah Mohamed yang ke 57 tahun (20 Feb 2010). KakNgah doakan semoga mama akan dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan yang baik selamanya, dimurahkan rezeki, dilindungi dan dirahmati oleh ALLAH S.W.T Amin....

Anakanda yang jauh.... KakNgah Sayang mama... Ummph..Wahh !!!


Rabu, Februari 10, 2010

Selamat Tahun Baru Cina TIGER....








SELAMAT TAHUN BARU CINA...
SEMPENA CUTI TAHUN BARU YANG AKAN DATANG PADA HUJUNG MINGGU INI, PASTINYA ADA DI ANTARA PEMBACA BLOG SUDAH MERANCANG AKAN DESTINASI SEMPENA CUTI PERAYAAN. OLEHITU BERHATI-HATILAH SEMASA MEMANDU PATUHI UNDANG-UNDANG JALAN RAYA, PASTIKAN KENDERAAN ANDA DIPERIKSA SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN DAN BERTIMBANG RASALAH DI JALAN RAYA. INGATLAH ORANG TERSAYANG...

Valentine Day.... Ummmph..!! wah...

Bestnya... bila dah semakin tiba hari Valentine pastinya setiap kekasih akan menghargai kekasihnya dan memberikan sesuatu tanda penghargaan kasih dan sayang yang telah diberikan. Tak kiralah yang mahal nilainya atau tidak, ataupun sekadar berdoa kepada yang maha Esa ALLAH (S.W.T) agar kebahagian dan kesenangan sentiasa bersama kekasih hati... AMIN

Selasa, Februari 09, 2010

Pulau Pangkor... macam-macam hal...@$%&@@^4#..











Hai..hai..haii.... jumpa lagi kita di alam maya, Pulau Pangkor..? mungkin ada di antara pembaca blog ini yang pernah ke Pulau Pangkor, atau berasal dari Pulau Pangkor. Terus terang cakap saya belum pernah lagi ke Pulau Pangkor. Al-Kisahnya.., tempat kerja saya ni nak adakan Family Day kat Pulau Pangkor, OK lah tu... Tetapi ..! ada ceritanya pula kepada sesiapa yang nak joint Family Day ni.. kenalah tambah wang sebanyak Rm200.00 untuk yang dah berkeluarga, yang bujang tak sampailah nilai sebanyak tu. Maka dengan ini terbunyilah suara-suara memprotess... biasalah kalau ada cadangan mesti ada bangkangan (X). Akulah... salah seorang daripada parti (X) tu.... tapi taklah melampau. Bila aku fikir-fikirkan balik dan u..sha kat website Puteri Bayu Beach Resort tu... padanlah kena tambah Rm200 tu. Pendek cerita memanglah berbaloi bagi yang berfamily. Apa-apa pun aku tetap tak leh pi juga sebab suami aku tak nak pi... dia tak boleh cuti pada tarikh nak pi tu. Dah jadi nyata nya pulak salah seorang dari parti (X) ni, tersecara tak langsung termasuk dalam meeting parti Pulau Pangkor... Bincang punya bincang punya bincang... parti Pulau Pangkor kata nak bagi balik duit (KSR) yang dah kutip tiap-tiap bulan tahun 2009, kat sapa-sapa yang tak boleh pi tu... so, kira settle la kes ni. Lepas ni tak mau dah dok dengaq-dengaq had tak baik tu... Di kesempatan ini saya mengharapkan Family Day yang akan diadakan nanti akan berjalan dengan lancar... kepada yang pi Pulau Pangkor tu... seronok-seronok juga tapi keselamatan perlu di ingat. Semoga selamat pergi dan selamat kembali...

Ahad, Januari 31, 2010

Januari 2010

Hai... buat semua pembaca blok ni, sorry lama tak update, bukannya apa tak tahu nak coretkan bahan apa. Tapi... untuk nak memenuhi ruang alam maya ni.. saya buat rumusan Januari 2010. Syukur AlhamduliALLAH Januari 2010 dah selamat dilalui. Bagi saya dan family segalanya OK !! adalah satu dua masalah kekeluargaan. Namun semua dapat diselesaikan dengan cara baik. Nak buat apa, panjang-panjang cerita setiap masalah itu, pasti ada penyebabnya dan kita boleh berbincang untuk selesaikan masalah itu. Bagi saya dan suami, tak perlulah kita bergaduh sesama sedarah sedaging, buruk baik kita akan jumpa juga bersemuka dah dikatakan air dicincang tak akan putus. Jika kesalahan itu atau kesilapan itu berpunca dari kami, kami memohon ampun. Kami bersedia menerima teguran dan nasihat bagi keharmonian bersama. Nak buat apa nak tunjuk keras kepala, nak tunjuk pandai, nak menasihat orang sedangkan diri sendiri pun tak betul dan kurang ajar. Umur pun dah semakin meningkat, kalau boleh beralah tu, beralah lah... kalau dah tau silap tu cepat-cepatlah mohon ampun dan yang akhir sekali hormatilah orang yang lebih tua. Sebagai abang dan kakak, kami tetap sayang pada adik-adik, walau macam mana sekalipun adik kami. Bagi saya dan suami, sebagusnya kita yang lebih tua ni, menunjukkan suatu keadaan yang baik kepada anak-anak, dan janganlah masalah kita orang-orang dewasa ni... Pak-pak saudara dan mak-mak saudara ni, dilibatkan dengan anak-anak. Apa pun yang berlaku, harap-harap tak akan diungkit-ungkit di masa akan datang. Bila dah selesai dah tutup kes !! jangan pula ada yang gatal mulut dok cerita balik... bila timbul masalah baru... Perangi dok suka flashback yang tak elok ni... tak berapa nak bagus la.. sebab apa ? ianya akan memburukkan lagi keadaan. Kita kenalah belajar memahami, orang lain tambah-tambah lagi orang yang kita sayang. Perasaan hasat dengki, tamak, bodoh sombong, cakap besar, pilih bulu, hipokrit, degil, menipu, cemburu, kurang ajar dan berprasangka buruk pada orang lain, adalah tidak baik !! Memanglah kita ni manusia biasa tak boleh lari daripada sikap-sikap tadi, namum kita boleh mengelak daripada mempengaruhi diri kita. Saya sendiri pun pernah jadi macam tu, tapi bila hasilnya memecahbelahkan keharmonian keluarga, menyesal pun tak berguna. Jadi.. beringatlah... wahai keluarga ku dan kekawan semua... harta yang ada bukan boleh dibawa mati, janganlah nak mengharapkan durian runtuh, berusahalah... cari rezeki sendiri untuk keluarga masing-masing, belajarlah menjenguk dunia luar carilah ilmu dan pengalaman yang baik untuk meningkatkan taraf hidup dan keluarga, taklah asyik dok bawah ketiak mak.. saja. janganlah... cakap besar kalau baru saja melangkah setapak ke alam cyber, takut nanti kena virus... baru padan muka... ukur baju tu biarlah di badan sendiri, kalau nak cakap pun berpada-padalah... jangan pula suka dok berprasangka yang tak betul kat orang... cuba-cubalah... buangkan sikap tak percaya tu, kalau kita tak buat ingat saja orang yang kita sayang tu.. pun tak akan buat. Akhir sekali... Januari 2010, Nak buat apa-apa pun, jangan sampai memecahbelahkan keharmonian yang ada sekarang. Kenapa saya SAYANG KELUARGA SAYA ? SEBAB IA.. BEST....!!!!!

Ahad, Januari 10, 2010

Selamat Tinggal Tahun 2009

Assalammualaikum... kepada semua yang membaca blog ini saya ucapakan TQ, saya mohon ampun jika apa yang tertulis dalam blog ni ada yang menyakitkan hati. Saya tidak bermaksud apa-apa untuk membuatkan orang lain marah atau benci, ini adalah kebetulan yang terilham di fikiran saya.
Kini dah masuk minggu yang ke-2 tahun 2010, segala kenangan manis dan pahit 2009 amatlah bermakna buat saya, keluarga dan kawan-kawan. Saya menerima dan bersyukur dengan segala yang telah saya tempuhi sepanjang tahun 2009, bak kata pepatah yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan. Tahun 2009 tidak banyak menguji kehiduapan saya dan keluarga. AlhamduliALLAH... segalanya berjalan macam biasa.
Azam tahun baru 2010... ada tu memang ada tapi.. rasanya nak continue.. tahun 2009 punya kot.. Untuk tahun baru ni, saya akan cuba menjadi isteri dan mama yang tidak menimbulkan masalah pada suami dan anak-anak. Saya akan jalankan tanggungjawab saya sebaik yang mungkin. Walaupun suami saya seorang yang amat cool... dan memahami kerjaya saya dan masa-masa sibuk saya tapi untuk tahun ini saya berjanji akan menjadualkan segala aktiviti dan kerjaya dengan baik. Anak-anak pun dah semakin membesar, along dan adik dah pandai complain dan memulaukan mama bila mama asyik sibuk dengan kerja. Untuk berlaku adil mama akan cuba menghadkan OT untuk diri mama supaya mama ada lebih masa untuk along dan adik.
Tahun 2009 merupakan tahun yang bersejarah buat along sebab kena potong ! Pada bulan Mei pula, kami sekeluarga pergi bercuti ke Cameron. Seronok juga dapat bersama dengan keluarga, insan yang paling happy ialah mak mertua saya. Pada hari raya puasa pula biasalah sibuk sekejap, cuti tak panjang kena bahagikan masa rumah mama dan rumah mak. Yang dapat letih suami ku lah.. Lastly, 2009 tinggal kenangan....