Rabu, Februari 08, 2012

Dari Hati Ini (6)

Assalammulaikum.. sudah sekian lama aku menyepi tanpa cetusan hati. Bukan aku tidak menjengah bukan aku tak ambil peduli tetapi rutin hidup membuatkan masa ku berlalu begitu pantas. Dalam menghitung hari dan waktu hampir 2 tahun suami ku pergi meninggalkan aku. Dalam 2 tahun ini pelbagai onak duri aku harungi sebagai ibu tunggal. Kini kesepian menghimpit jiwa, merindu dan terus merindu kasihnya... tanpa jemu. "Abang... saya redha dengan segalanya, dan saya tahu abang sentiasa di sisi saya, melihat saya dan anak-anak. Abang... tiada siapa yang faham akan hati ini, saya rindu kan abang saya perlukan abang untuk bermanja."

Tangis rindu ini menemani ku sepanjang malam yang keresahan... sakit batinku tiada yang tahu, ku rawat dengan penawar permata hati mu abang... kehilangan mu selamanya menghentikan segala impian kasih kita. Takdir yang menemukan kita, takdir juga memisahkan kita. Kini segalanya berubah aku mengharungi hidup dengan penuh dugaan. Ada yang ingin mendampingi ku, tetapi mereka tidak jujur dan ikhlas. Datang tanpa ku pinta, pergi tidak ku rela. Ada yang memberi aku harapan , menyayangi ku sepenuh jiwa dan raga, berjanji menjaga ku dan aku ini lebih dari segalanya. Tapi itu hanya kata-kata yang boleh mengembirakan aku seketika, ilusi di alam maya.

Mengapa aku diuji sebegini rupa? mereka yang ku sayangi yang aku harapkan kini telah dimiliki hatinya, Ya ALLAH apakah ini yang sebenarnya untuk ku? Kenapa aku harus menemui mereka, mencurah kasih sayang sesama kami, memahami antara satu sama lain, mesra dan ada rasa sayang yang x mampu kami lepaskan. Apakah hidup ku ini hanya untuk membahagiakan suami orang, yang tidak di kasihi oleh isteri masing-masing. Dan akhirnya aku tinggalkan sepi dengan ucapan terima kasih, sudah tiadakah ruang untuk aku  mendapatkan kasih sayang yang aku mahu dari insan yang bergelar lelaki dan bukan suami orang. Ya ALLAH... lindungilah aku... jauhi lah aku dari kasih mereka... 

Izinkanlah aku menikmati semula kasih sayang sebuah keluaraga, kasihanilah anak-anakku yang hanya melihat rakan-rakan lain bergurau senda dengan ayah masing-masing. Bersolat jemaah di rumah dengan di imamkan seoarang ayah. Dan aku amat inginkan  semuanya ini.
Ya ALLAH aku hamba mu yang hina hanya pada mu aku memohon dan meminta berikanlah peluang untuk ku dan anak-anak ku, seperti mana yang kami hajati. AMIN....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan